Thursday, April 12, 2018, 07:00

Sesetengah pengguna baru produk Dermags mengalami masalah kulit kusam diawal penggunaan. Ala…jangan la risau. Relex.. meh hakak terangkan kenapa... Baca selanjutnya

Kes begini berlaku kemungkinan atas 3 faktor berikut:
.
FAKTOR #1 : Sejarah penggunaan Kosmetik
.
Pengguna yang mengalami masalah begini kebanyakannya merujuk kepada sejarah penggunaan kosmetik sebelum Dermags. Biasanya berlaku kepada bekas pengguna tegar produk tinggi kandungan kimia.
.
Sebenarnya Dermags bukan penyebab kulit kusam ini. Apa yang berlaku adalah, baki bahan aktif atau kimia dari produk itu masih ada dalam lapisan kulit. Sekiranya anda berhenti menggunakan produk yg lama dan tidak menggunakan Dermags atau produk lain sekalipun, kulit kusam akan tetap kelihatan. Bukan sahaja kusam, adakala jerawat tumbuh dan pigmentasi mula keluar dengan banyak kerana kulit dah jadi ketagih kepada bahan kimia tersebut.
.
Secara saintifiknya, bahan kimia ini telah membunuh sel melanocytes yg tugasnya menghasilkan pigment melanin. Bila anda berhenti menggunakan produk tersebut, kulit akan mengalami proces pemulihan & penyembuhan yg mana sel melanocytes akan kembali tumbuh dan menghasilkan pigment melanin. Keadaan ini menyebabkn kulit kelihatan agak kusam hasil kandungan melanin itu.


FAKTOR #2 : Kurang Minum
.
Kurang minum air menyebabkan kulit dehidrasi dan menjadikannya kusam. Sebab tu hakak selalu nasihatkan, pastikan minum air yg cukup kerana kulit yg kurang lembapan akan menjadi kusam dan nampak tidak bermaya seterusnya timbul pula pelbagai masalah.


FAKTOR #3 : Proses Gantian Sel
.
Kulit kita (epidermis) terdiri daripada 5 lapisan, paling atas Stratumn Corneum dan paling bawah Stratumn Basal. Sel kulit ini akan perlahan-lahan berganti baru setiap 28 hari sekali dgn gerakan drpd bawah ke luar.
.
Perlu diingat, Dermags merawat kulit dari akar, iaitu bermula dari sel paling dalam menghala ke luar. Jadi, mungkin lapisan dlm kulit sebelum ni yg kusam. Kemudian Dermags tolong bawa keluar. Apabila kesan rawatan sel oleh Dermags telah sampai ke luar melangkaui 28 hari ke atas, kulit kusam akan bertukar menjadi berseri-seri
.
JADI APA PERLU DILAKUKAN??
.
Kepada sesiapa yang mengalami masalah kulit kusam diawal penggunaan Dermags, dinasihatkan jangan risau kerana ia hanya bersifat sementara. Teruskan penggunaan dengan sabar. Minum air yg banyak, jaga pemakanan dan buat rutin penjagaan kulit yang betul seperti yg dinasihatkan.
.
Tempoh masa pemulihan bergantung kpd proses & keupayaan kulit masing-masing, ada yg cepat ada yg lambat. Kulit kusam akan beransur kurang & hilang diganti dengan kulit sihat yang berseri-seri dari dalam.
.
Sicantik Dermags


No comments yet.
(*) Required fields
Copyright ©2018 DermagsBeauty, All Rights Reserved.
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
free website
built with
kopage