Monday, April 2, 2018, 02:09

 

Kalau produk kosmetik yang sedang anda gunakan ada kelulusan KKM tapi pada masa yang sama mengandungi bahan campuran yang MERBAHAYA... Siapa yang perlu dipersalahkan? Baca Selanjutnya...

 

Produk kosmetik perlu berdaftar dengan NPRA. NPRA ni di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yg telah berdaftar akan dapat nombor notifikasi iaitu NOT XXXXX.

Alhamdulillah, kesemua produk Dermags memang ada nombor notifikasi dan berdaftar secara sah dengan NPRA KKM.

Untuk dapatkan nombor notifikasi bagi pendaftaran kosmetik, sample tak perlu dihantar ke KKM. Owner produk hanya perlu membuat permohonan pengistiharan dalam borang permohonan dan hantar untuk kelulusan.

Antara syaratnya produk tersebut mestilah dihasilkan daripada kilang bertaraf GMP, ada sijil pengilangan, kesemua kandungan di dalam produk perlulah mematuhi piawai yang ditetapkan oleh NPRA. Jika tidak, produk tersebut gagal memperolehi notifikasi daripada KKM & tidak akan dapat nombor NOT kerana gagal didaftarkan.

Masalah wujud sewaktu pendaftaran untuk Notifikasi NPRA, bila:

#1. Pengilang/owner produk tidak menulis ingredients secara telus, yakni tidak mendaftarkan/revealed keseluruhan ingredients yg digunakan. Biasanya mereka tidak declare bhn2 kimia merbahaya yg digunakan di dalam produk supaya mereka dapat mendaftarkn produk keluaran mereka.

#2. Ada juga kes sewaktu batch produk mereka buat pendaftaran, ianya memang mematuhi piawaian tetapi untuk batch seterusnya bagi tujuan pasaran mereka masukkan ingredients tambahan seperti mercury, hydroquinone etc.

Ini isu tak jujur dlm berniaga. Owner sepatutnya kena lebih jujur bukannya nak cepat untung letak bahan untuk memberi kesan cepat pada produk mereka. Sebab tu kita lihat banyak sangat terhasil produk kesan segera. Bagi pengguna yang tak sabar produk beginilah yg akan jadi pilihan mereka. Kilang OEM biasanya akan ikut owner. Owner produk yg patut ada pengetahuan mendalam terhadap produk yang mereka tawarkan dan paling penting tentang bahan bahaya dalam produk yang boleh memudaratkan pengguna. 

NPRA/KKM memang tak dapat mengenalpasti bahan-bahan yang terlarang di dalam produk melainkan selepas analisis kimia dijalankan. Biasanya jika ada aduan, terdapat komplikasi masalah kulit, barulah pihak NPRA akan ambil sample dan buat ujikaji makmal untuk pengesahan. Biro akan melakukan siasatan dan ujian makmal. Sample akan diambil untuk analisis. Jika didapati bersalah, owner perlu bayar denda dan produk tersebut akn ditarik balik notifikasi dan dilarang penjualan serta merta.

Istimewanya DERMAGS adalah produk berasakan R&D, bukan macam sesetengah produk GMP yg sekadar dapatkn kelulusan KKM, tapi kemudian ditarik balik kelulusan kerana ada bahan kimia bahaya.

Sebagai pengguna, kita juga perlu ada sedikit pengetahuan untuk bijak membuat pemilihan!

Tolong #SHARE ilmu ni pada rakan-rakan anda supaya mereka pun faham tentang isu KKM ini


No comments yet.
(*) Required fields
Copyright ©2018 DermagsBeauty, All Rights Reserved.
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
free website
built with
kopage