Wednesday, February 28, 2018, 05:01

 

Seorang kawan lama yg kebetulan jumpa di klinik malam tadi call. Saya ketika itu sedang layan customer yang datang  nak top-up produk DERMAGS. Bila semua dah selesai saya call dia balik. Rupa-rupanya dia tak puas hati sebab tak sempat tanya masa jumpa malam tadi... Soalan dia “kau guna apa sekarang kat muka?.. Share la. Kulit aku kasar, liang pori jelas kelihatan”. Baca selanjutnya...

Antara sebab liang pori terbuka kerana kulit berminyak, kerap terdedah matahari, banyak makan berminyak, genetik, proses penuaan, perubahan hormon dan kesan radikal bebas.

Kulit saya biasa je sebenarnya. Cuma perbezaan paling ketara kesan daripada amalan mudah ni, kulit sedikit nampak muda, licin dan sihat sebab liang pori mengecil. Sekali pandang memang nampak ketara gebu dan licin (Angkat bakul sekali sekala…hiks)

Jadi saya kongsi 4 langkah mudah yang saya praktikkan kat rumah sekali sehari supaya dia pun boleh amalkan. Sambil-sambil tu saya promote juga la skincare DERMAGS. Sebab saya rasa produk inilah yang paling banyak membantu dalam rawatan semua masalah kulit saya sehingga pulih terutama masalah liang pori dalam masa yang singkat sahaja.

4 langkah mudah itu ialah :

#1. Setiap hari saya akan buat Double Cleansing sekali sebelah petang. Bersihkan kulit menggunakan cleansing milk/make-up remover/face wet tisu. Buang dulu segala kotoran, bedak dan make-up yang kita tempek seharian pada wajah.

#2. Cuci muka mengunakan air suam supaya liang pori terbuka dan memudahkan segala kotoran yang terperangkap keluar bila dicuci nanti.

#3. Cuci muka seperti biasa menggunakan cleanser DERMAGS atau apa-apa cleanser yang anda sedang gunakan.

#4. Gunakan kiub ais atau air sejuk dari peti ais untuk menutup kembali liang pori yang dah terbuka tadi sebelum kita mengenakan apa-apa produk skincare lain seperti toner, serum dan sebagainya.

Mudah saja kan 4 langkah ni. Amalkan dan anda akan nampak kesan ketara pada pengecilan liang pori hanya seawal seminggu. Kaedah ni juga sangat baik utk atasi jerawat. Kawan saya tu pun berpuas hati dengan perkongsian ni. Pesanan saya kalau dah berjaya nampak perbezaan lepas amalkan ni, jangan lupa bagitau saya ok!

#SHARE post ni supaya tak lupa dan lebih ramai rakan-rakan anda juga dapat amalkan 4 langkah mudah yang sangat berberkesan ini.


No comments yet.
(*) Required fields
Copyright ©2018 DermagsBeauty, All Rights Reserved.
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
free website
built with
kopage