Tentang Kami

DerMAGs™ merupakan produk penjagaan kulit semulajadi  bertaraf premium yang dibangunkan melalui kajian dan penyelidikan (R&D) oleh Dr Mariani Abd Hamid, ketua unit Kosmeseutikal dan Wangian di Institue of Bioproduct Development (IBD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
DerMAGs™ menggunakan teknologi yang menggunapakai Alpha-MAGS (Alpha Mangoestin Niosomes) sebagai satu nanocarier dan penetration enhancer. Dengan kata mudahnya, Alpha-MAGS ini bertindak sebagai bahan penyerapan dan  ejen penambahbaikan kulit. Tugasnya ialah mengembalikan kulit kepada keadaan optimum dan menghalang dari kemerosotan.
 
Lebih hebat lagi ia merupakan satu nanocarier yang bermaksud ia lebih kecil dari saiz sel kulit. Ini membolehkan ia meresap masuk dengan pantas kedalam sel. Bukan sekadar merawat kulit, tetapi merawat sel kulit, mengembalikan sel kulit supaya menjadi tip top kembali. Apabila sel tip top, maka kulit akan berada dalam keadaan terbaik.
Nak Cantik Sepanjang Hayat 
dengan Fomula Kulit Manggis yang Semulajadi?
 

Pengasas 

DerMAGs™ merupakan projek PhD oleh pengasasnya iaitu Dr Mariani Abd Hamid dimana beliau telah menerima biasiswa penuh dari 2 universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan University of Seoul.
 
Beliau merupakan seorang graduan yang lahir dari budaya penyuburan intelek Univerisiti Teknologi Malaysia. Beliau telah lulus dari UTM dengan dua (2) ijazah. Dalam tahun 2000, beliau Berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dan diikuti dengan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan BioProses pada tahun 2007.
 
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti of Dongguk, Seoul Korea pada tahun 2009 dalam Kejuruteraan BioKimia dengan pengkhususan dalam –pemutihan kulit, anti penuaan, penyembuhan kecederaan, pembaikan kulit, preklinik dan pengajian klinikal (majoring in skin-lightening, anti-aging, wound healing, skin repair, preclinical & clinical study) dimana beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah. Kini beliau adalah merupakan Ketua Unit Kosmeseutikal dan Wangian di Institut Pembangunan BioProduk di Universiti Teknologi Malaysia semenjak 2012. 
 
Pencapaian Dr. Mariani : 
PhD. (Biochemical Engineering), Dongguk University, Seoul, Korea
M.Eng (Bioprocess), Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
B.Eng (Hons) (Chemical), Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Chief Executive Officer at BioPro Resources Sdn Bhd
Senior Lecturer at Universiti Teknologi Malaysia
 

Pengiktirafan & Anugerah

Dermags adalah merupakan satu produk penjagaan kulit yang bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak atas inovasi yang telah di jalankan. Penyelidikan tersebut telah memenangi beberapa anugerah berkaitan Alpha-MAGs. Antaranya adalah:
 
1- Pingat Emas Seoul International Invention Fair 2013
2- Pingat Emas ITEX 2013
3- Pingat Emas INATEX 2012
4- Pingat Perak Bio Innovation Award 2013
.
Anugerah lain:
Kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan kepada Dr Mariani beberapa geran penyelidikan utk memajukan lagi kajian tentang DERMAGS.
 
A- Geran no PY/2014/04304 – “Prototype Development of Intensive Brightening Serum Containing Alpha-MAGs for Cosmeceutical Application”

B- Geran no PY/2013/00298 – Isolation and Characterization of Alpha Mangosteen from Mangosteen Pericarp Using Super Critical Carbon Dioxide”
 
C- Geran No PY/2013/01053 –The Role of Alpha Mangostin on Cellular and intracellular level of melonin bio-synthesis and tyrosinase activity of B16F1 melanoma cells
 
D- Geran No PY/2013/01586 – Optimization and Characterization of Alpha Mangostin Loaded Niosome for Cosmeceutical Application
Siapa Orang Kuat sebalik Dermags...
PROFESOR PARK CHANG CHEO

Mahaguru kosmetik Korea. Pengarah di Korean International Cosmetic Research Institute. 

Penyelia dan pembimbing Dr Mariani sepanjang menghasilkan produk Dermags.

Pakar kosmetik terulung di Korea yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik gergasi dari Korea.

Seluruh dunia mengiktiraf beliau sebagai genius skincare dan kosmetik sehinggakan beliau sentiasa diminta hadir ke pelbagai konvensyen kosmetik seluruh dunia untuk memberi ucaptama.

Jenama kosmetik kebanggan Korea yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN, TONY MOLY adalah merupakan antara produk yang lahir dari tangan beliau.

Kini lahir dan wujud DERMAGS - berdiri megah setanding dengan jenama gergasi dunia. Satu produk penjagaan kulit yang diselia sendiri oleh beliau untuk anak didik beliau selama 4 tahun terus menerus - satu persatu dibina dan di tambah baik. Ribuan jam kajian dijalankan untuk menghasilkan Dermags.
Copyright ©2018 DermagsBeauty, All Rights Reserved.
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
free website
built with
kopage