7 Tips Kecantikan Kulit Wajah

 

7 Tips Kecantikan Kulit Wajah

 
Kalau anda inginkan kulit cantik, bersih tanpa cela, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat mudah je sebenarnya. Ini ada 7 tips yang pasti dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dengan hanya istiqamah dengan amalan harian yang baik.
 
1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik!
 
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
 
3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
 
4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
 
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
 
6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
 
7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif. 
 
TIPS BONUS :
 
8. Ramai yang nak dapatkan kulit cantik dengan mengamalkan pelbagai kaedah dan petua dengan cara selamat dan berkesan. Tidak dinafikan cara penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang betul adalah merupakan antara langkah terpenting. DERMAGs adalah produk skincare semulajadi yang sangat selamat untuk digunakan kerana ianya hasil kajian Phd pakar dermatologi UTM. Untuk info lanjut anda boleh dapatkan di www.dermagsbeauty.my
Copyright ©2018 DermagsBeauty, All Rights Reserved.
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
free website
built with
kopage